Thursday, August 20, 2009

x suka :'(

Saya bukan suka sangat membenci apatah lagi menyakiti hati orang.
Malah, perkara paling saya kesali dlm hidup merupakan membenci seseorang manusia.
Hati saya sendiri tidak akan terdetik untuk membenci orang atas alasan yg remeh temeh.
Tapi, kali ini . hati saya benar-benar bengkak dan bernanah.
Saya rasa seperti seorang yang bodoh , atas segala kebaikan yg saya bajai.. akhirnya saya diracuni dengan perkataan yg meruntuhkan iman saya. yerp, words can bring me down. saya taktahu mana letaknya sabar dan tebal hati yg selama nie sy pegang hari-hari.
Saya sudah tidak mampu lagi untuk bertahan , saya begitu lemah sekarang. Hati saya kuat utk membenci orang itu. Saya sering berdoa agar tidak langsung terdetik utk membenci orang itu.. saya takut jika kebencian menguasai ruang hati, hati saya gelap. hati saya kering. saya akan menjadi tidak berperikemanusiaan yg takkan memikirkan hal orang. saya x suka :(. Setelah saya memberi peluang untuk membaiki hubungan antara manusia, adakah dia benar-benar menghargai segala peluang yg saya berikan? adakah dia sendri tidak sedar yg saya benar-benar ingin berlaku baik sama dia? atau dia sendiri kabur dengan tindakan saya? semua itu membuatkan saya tertanya-tanya. Semakin banyak peluang yg diberi, semakin banyak saya dilukai, pernah dia merasa apa yg ada dlm hati sy? sudah pasti tidak mampu kerana kita pny hati lain-lain. Saya cuba bertahan dan bertahan semasa berhubung dengannya, setiap perkataan dan setiap kata cuba saya pendam, rahsia yg tersirat cuba saya selindung, aibnya cuba saya sembunyikan. Saya cuba yang terbaik utk menjadi salah seorang manusia yang baik terhadapnya. Nampaknya, saya bukanlah yang terbaik. saya x mampu untuk menjadi kawan yang terbaik walau apa jua sekalipun. Saya benar-benar surrender, hati dan pendiriannya terhadap saya susah utk digoyahkan. saya benar-benar ibarat luka yg bernanah dan busuk serta jijik. Hari demi hari, hati saya sudah tawar. tawar utk menjadi kawan malah berhubung dengannya. saya memikirkan yang terbaik utk dirinya jua. mungkin kehadiran saya x diperlukan. mungkin juga. Saya x mahu kehilangan kawan saya semata mata kerana orang itu. Kawan saya , manusia temani tika awan cerah dan mendung. siapa yang mampu menggantikannya? saya sendri x mampu untuk membayar sebagaimana kawan saya lakukan. Saya sendiri rasa gundah apabila mengaitkan kawan saya dlm perhubungan saya dengan orang itu. saya x tahu siapa lagi yang sudi menahan bahu menadah telinga mendengar segala masalah saya dengan orang itu. Sebagai alternatif, saya sering bebankan kawan saya dengan masalah antara km berdua. Orang itu juga, sering menguji persahabatan saya dengan kawan saya.. saya juga dapat rasakan bahawa dia sering melaga-lagakan km berdua. Mujur saya masih waras dan berada dlam kawalan, mampu untuk menangani masalah tersebut. Alhamdullilah. Saya buntu, saya diamkan diri.. saya x mampu lagi menahan, saya ingin mengangkat bendera putih utk hubungan saya dengan orang itu. biarlah saya yg beralah. doakan saya utk tidak membencinya, tapi. doakan dia supaya berjaya dalam hidup dan menemui rakan yg lebih baik. Saya x sanggup berkawan dengannya, saya tktahu samada atas alasan apa pula kami berkawan . mungkin atas alasan wang, kasihan serta kredit topup?? MUNGKIN. Penat , penat , penat. -_-"

**
Tlg saya kawan-kawan.
:'(

No comments:

Post a Comment