Friday, December 4, 2009

period pain yang sengaja dibuat.

derita sang perindu


aku bukan omong kosong sahaja,
tatkala aku benar mahu berundur,
tatkala itu dia datang menyerbu,
seperti rasa hati kembali berbunga.
daripada dulu yang sehabis layu.

terkenang aku cerita dulu.
perilaku dia terhadap aku,
curang sana sini.
namun begitu aku tetap sayang.
ya, masih sayang.
tapi hikayat dahulu tidak akan PERNAH berulang.
aku redha apa yang terjadi.
terasa diri begitu kerdil dimatanya.

jika dibandingkan aku dengan permata hatinya.
aku bukanlah sesiapa.
hanya manusia biasa,
dengan impian biasa,
cara hidup yang biasa,
aku bukanlah sebegitu pandai, ilmu sejengkal bukan satu dada.
semestinya bukan seorang yang baik rupa.
apakah dengan itu aku begitu hina dimatanya?

aku rasa aku yang terlalu terhegeh-hegeh.
aku seorang yang bertepuk sebelah tangan.
apa yang dipinta pasti aku kabulkan,
ibarat tuhan aku yang selalu kabulkan hasrat hati.
dia mahu itu, ini , aku berikan.
bukan cuba mengungkit,
namun hakikat. kenyataan.
apa yang kupinta, harus dia kabulkan?
tidak baginya,
susah benar hasrat aku akan diperkenan.
aku rasa seperti aku yang cuba menegakkan benang yang basah,
aku cuba membangkitkan suasana meriah, walaupun tidak.
mungkin suatu hari nanti aku yang roboh bersama angan x sampai ini.
sampai bila akan aku bertahan?

sampai bila juga hati ini akan terus teguh.
tidak akan longgar, apatah lagi kerapuhan.
sampai bila?
aku selalu tertanya,
walaupun aku sering diketepikan.
tahukah dia perasaan aku?
oh, sebenarnya aku tidak dibenarkan menyoal status diri.
dia sendiri melarang aku mempertikai siapa aku padanya,
tuhan, tabahkan hati ini.

sekuat mananya tiang sekonkrit pun.
kalau sampai masa pasti tersungkur menyembah bumi.
apa yang aku harapkan.
aku berkasih sama manusia atas sebab tuhan.
mungkin aku akan menjadi tabah melalui ini.
mahupun sepahit apapun harus kutelan,
tak mengapa.
dunia mmg tidak adil
akur sajalah.



1 comment:

  1. put put!
    bak kata c.aziah.
    tabah tabah!

    jikalau kita bercinta kerana tuhan,
    biarlah tuhan sahaja yang mengetahui perasaan kita.
    itu sudah cukup membahagiakan.

    ReplyDelete