Sunday, April 18, 2010

Alhamdulillah, LUAR BIASA, Allahuakbar !

dah lama tak rasa tenang macam nie,
dulu aku jahil. aku hanya berdoa untuk dunia
aku hanya ingat dunia, ya dunia. akhirat? aku hampir lalai.
Tuhan dah tunjuk, betapa besar kuasanya. mengubah aku.
melembutkan hati aku, aku keras, aku kadang mudah hilang akal.
DIA makbulkan doa aku, aku dah dapat rasa doa yang aku mintak.
Alhamdulillah, besarnya kuasa-Nya.
cuma kita ja lalai, tak ingat DIA, ingat bila sudah dapat masalah.
baru terhegeh nak cari tuhan, cuba berdrama dengan-Nya,
tapi, dia tetap menerima kau seadanya. tanpa kira darjat dan pangkat dunia
kau raja, kau jugak umat Muhammad, tapi sayang, kau ingat kau hidup hanya di dunia.
carilah jalan DIA kerana jalan itu masih terbuka untuk semua,
DIA maha pengampun, lagi dia suka bila orang bertaubat dan cuba kembali ke jalan benar.
sayang sekali lagi, kau abaikan dia. kau boleh bagi komitmen untuk dunia, walhal akhirat kau pandang rendah.

aku berharap, ketenangan bersama-Nya akan terus dalam hidup ini.
selagi jasad mengendong nyawa, dan setiap degupan jantung yang tak pernah henti ini, marilah kita berbuat baik.
degupan jantung ini akan terhenti jua, merehatkan diri setelah sekian lama bekerja tanpa henti,
degupan ini juga yang akan membela kau akhirat nanti .
hargailah, setiap degup yang diberi. langkah kaki ini jua ke tempat yang selayaknya.
guna akal yang diberi, beza antara baik dan buruk.

aku yang kerdil ini masih mencari kekurangan yang ada.
kadang rasa hina tetap ada untuk memohon sesuatu,
Islam mengajar kita jangan putus asa.
rendah diri itu tetap yang terbaik !

jangan mempersendakan agama ini,
tuhan ini,
cari Dia selagi boleh.
dia sentiasa akan bersamamu.

Alhamdulilah, aku sedar kasih DIA lagi berkekalan
aku telah membazirkan banyak masa untuk menunggu kasih manusia yang tak pernah kunjung tiba.
aku hanya tepuk sebelah tangan. aku hanya berharap sorang2
Aku tak sedar tuhan aku menunggu aku untuk menyahut seruan cinta-Nya
jujur aku cakap, aku bodoh dan buta.
akhirnya aku sedar.

apapun,
ingin aku cari nikmat sehabisnya.
untuk menghargai nyawa ini
aminn :)

2 comments: