Thursday, May 13, 2010

My 7 favourite bloggers!

Oh yeah. kembali lagi dengan kepala serabut serabai ne, banyak benda untuk ke U masih belom disettlekan. timbul pulak pelbagai masalah baik dari segi kewangan dan jugak segi teknikal. heh, pening jugak nk masuk mengaji ne, kena settle sana sini. haih, mood pulak terlayang-layang. baiklah, tak payah nak merapu panjang. mari kita kembali ke rancangan asal wahai ena, ewah! sesungguhnya, aku bukan seorang manusia yang rajen men-follow hanya utk sekadar follower tapi aku memang adore dr cara para belogger hebat ini jugak! maka perangai aku yang suka membaca ne, lebih terjurus untuk membaca bahan yang comel dan kreatif! tanpa menjadi seorang follower. ahaks

1. Sue Anna Joe.
bagi aku, kalau baca blog dia. mesti hepi, rasa mcm nk buat macam-macam artwork. gila kreative kot. I truly adore segala bagai artsy yang dia buat, comel-comel belaka. aku nie start membaca blog dia dari form 4 lagi.. masa tuh kan baru lagi nk UP. baru reti nak cri blog orang, nk stalk dan aku ne style rendah diri yang teramat. maka, aku tak berani nak komen serta nak buat cool pi follow dia. acewah, biarla aku menjadi seorang pembaca blog yang comel dan pemalas. hehe:D. tak rugi baca blog dia okey, ada saja gambar comel-comel yang dia nak tempek dan dia nk tunjuk. oh, kepada bakal ibu, sila singgah blog the excited mom! supaya anda akan rasa enjoy semasa pregnancy! ehehe :D

2. Hanis Zalikha!
wah, blog ini memang the best wa cakap sama lu! aku rasa memang aku dok keep in touch dengan blog ne, tiap hari bukak tgk apa new update! *wink* bukan nak kata, memang best, dia macam tak pernah nak buat post emo-emo macam aku buat, semua cerita mesti happy happy je. XD kalau nak comel lagi, mesti letak gambar dia yang cun tuh. almaklum lah, model. hiks tak cun tak sah la, seb baek i tada abang. dh lama suruh pi pinang ne, hehe. blog ne pon aku tak follow jugak, aku malu laaaa XD. haha. part paling best dalam blog ini ialah part introduction dengan ayat yang comel2 tuh. plus tak sangka dia suka sangat makanan sampai tak rasa tamak untuk berkongsi gambar, sexy betul makanan dia..terliur la! :P. maka, kalau anda hilang arah, hilang dompet, hilang kucing, jangan lupa baca belog ini oke, u nak cri kucing pon bole oke, kucing dia comel2. :D aku jugak suka baca blog kwn dia, Izdiyani
pon cool cam hanis zalikha! ahaha

3. Lady Noe
blog perempuan jomblo. eh, aku sendiri tak reti nak sebut camna XD. boleh dikategorikan sebagai blog real life lah, dia menceritakan bagaimana perit jerih mencari wang untuk membiayai kehidupan keluarga disamping baby comel nama Sabrina, alahai. tak rasa boring bila baca, mesti kita akan rasa saspen jugak. sebab dia akan sentiasa meletakkan tanya soal yang membuatkan kita berfikir. sesungguhnya kita akan rasa seperti tgh buat crossword puzzle jugaklah, hehe. blog yang khas untuk kenduri kawen dia jugak best! membuatkan semua orang tak sabar nak kawen, kreatif oke. kad kawen pon design sendiri, comel plak tuh. hehe, senang cerita aku kan tak kenal sangat lady noe ne, aku hanyalah pembaca, di ulang pembaca sahaja, bukan merangkap adik ke abang ke kakak ke, apa semua itu bukan, so. I only know lady noe thru her writting only . I like the way she expressed her feeling.. berani dan daring u. :D

4. Yuna!
sesungguhnya, aku kan suka Yuna maka aku ter-follow dia, itupun aku adalah follower yang ke berapa puluh ribu entah, itu sudah menunjukkan aku hanya seorang insan kerdil *tiba**tiba*
untuk sesiapa minat yuna, silalah baca blog ini ok, semua post dia cerita pasal perkembangan musiknya, tak sia-sia baca especially yg nk jadi penyanyi tuh, she taughts you a recipe of success! camna dia bermula menjadi penyanyi dan sangat comel bila dia nyanyi thru webcam, kalau artis yang akademi fantasia tuh mahu ke menyanyi dalam webcam takda org bayar? mesti tanak.. hoho. no offense ^^ dan plus if you want to know her story, I strongly recommend this le.

5. Hilang Punca
gua rasa nk guna perkataan 'gua' lu jangan jeles ok. gua sendiri pon tak tahu nama sebenar pemilik blog ini. yang pasti dia anak pahang, oh man, style dia tulis mcm rock gitu. gua memang suka singgah blog ini untuk cri bahan sakit perut. gua bole menangis sebab gua rasa dia tulis lawak, gua recommend lu baca dengan penuh tekun dan siap diri dengan gelak ketawa, acewah jadi pantun dua kerat pulak. gua rasa dia street performer le. tgk macam indie je. ahaks, maka jangan lupa untuk singgah blog ini ya!

6. Blog Anak Mat Nor
oh dia dah lama tak update, rindu gila nak baca dia punya post. blog ini boleh dikategorikan sebagai blog lawak lah.. buat kau kau yang suka gelak lagi suka gelak. eh, kenapa blog yang aku featured ne semua lawak2 je, takda langsung keeemoan. hah, tapa! hidup mau hepi. pandai-pandai la baca, aku banyak lagi nk tulis pasal blogger ne, cuba baca post dia yang dahulu kala, baru kau tahu comel ke tak jebon ne. ahaks XD

7. fynn jamal
hoyeh2! ini pon best jugak, kalau kau suka puisi dan ayat puitis, kau boleh la baca blog ini.. aku pon kadang-kadang suka cara dia ekspres semua yang berlaku dlm hidup. macam mana dia sayang suami dia sangat2. dan transformasi yang dia hadapi, dugaan memakai tudung! oh, aku rasa itu sudah rahmat tuhan bagi. tapa, aku rasa aku tak follow belog ini, tak mau la. segann, malu nak dibanding dia dengan aku yang tadak apa2 ne.
oh only a human. cewah, org lain bg aku alien kot. XD


maka dengan ini silalah baca tanpa segan silu macam aku, reading material yang aku pilih nie lagipon bukanlah sekadar nama sahaja, tapi isi yang depa olah jugak, best2! serious aku cakap, kalau nk singgah pon tak membaazir masa untuk godek blog mereka. bukan senang nak masuk dalam kehidupan orang.. hak anda sebagai pembaca! pilih yang best dan bermutu oke.

p/s : sebenarnya aku kemalasan nak menulis, tapi kugagahkan jugak maha perkasa ini. blablablabla

oke, aku yang menjalankan tugas!
enaaaaaaaaaaaaaaa XD

No comments:

Post a Comment