Friday, May 7, 2010

Nak masuk U bukan macam pi masuk tadika. heh

Assalamualaikum ! sudah lama tidak berjumpa selepas entri yang lepas.
maaf la ya, sekarang mood nak mengonlinekan diri entah ke mana, gamaknya dah puas kot on9 setengah taun! so dia menjadi cepat muak dan mata lebih sanggop tido. haha
oke, sekarang ne mesti ada yang dok kalut nak bersiap pi matrik dengan upu kan?
mesti semua dok excited sangat-sangat! aku? boleh dikatakan excited dalam tenang. haha.. mesti tak bleh bayang camna kan? :)

Nak masok U/Matrik nie bukan mcm nk pi tadika. banyak benda kena settle. baik dari segi kewangan dan material jugak. Aku nie relaks saja. kawan-kawan lain gamaknya dah usung satu kompleks membeli belah mungkin. aku je masih tak menyiapkan apa-apa. sijil apa pon tak cop. hehehe, mungkin sebab suka pi sekola banyak kali kot XD.
kalau dulu sebelum kita masok sekolah, parents yang settle semua benda, dari underwear sehingga ke buku dan kertas mahjong yang hendak ditulis dan segala bagai, tapi sekarang nak masok U maksudnya nk melangkah ke alam dewasa la. semestinya semua benda harus diuruskan sendiri. sekarang mak bapak bagi wang je apa nak beli. janji kena tunjuk dulu list tuh. Oh, maka dengan itu, perbelanjaan jugak harus bijak dikawal. sedar tak sedar, masa persediaan nak masok U tuh pon dah mengajar kita mengawal perbelanjaan kan? jimat cermat amalan mulia. cewah!

Namun begitu, mula-mula sekali ! kita mesti kena set niat dulu. hai~ jangan dok buat lupa la, nanti sia2 ja belajaq bertahun-tahun. mental pon mesti diset untuk belajar dan bukan untuk bersukaria apa menda semua tuh. hahaha
sekali lagi kita kena beringat, nak masuk U nie bukan nak main-main ok! nak belajar, sudah la kot 18 tahun dok main. masanya sudah tiba untuk menjadi lebih profesional dan berfikiran matang kan?. hehehe :D
kita kena benarkan minda kita untuk menerima sedikit kejutan budaya nie, mungkin kalau kita tersilap, kita akan menjadi tersimpang dari jalan sepatutnya. so, be prepared mentally ya kawan! suasana Universiti kan lain dari sekola, tada siapa dh yang nk tolong peringatkan melainkan diri sendiri. masa nie la kita nak belajar berdikari, tanpa kawan rapat, dan jumpa kawan baru, oh. aku sendiri tak berani nk membayangkan keadaan diri kat sana nnt. berdebar-debar nie nak menempuh pengalaman baru.

Selepas tuh, kita boleh la menyiapkan barang fizikal kita pulak kan. hah, ini yang memeningkan aku. banyak lagi la barang tak beli, baru sahaja mengumpul 2 helai baju T-shirt, baju kurung pon tak bli kain lagi. silap-silap mak aku suruh buat baju raya terus. isk3! seluar jeans jugak belom dibeli lagi, seluar track, cebok. timba, baldi segala benda nk basuh baju juga belom dibeli. lebih senang, tak buat list lagi semua tuh. oh, i kan org melayu. mesti la keja last minute! *gila racist*
maka, semua benda ini akan dibuat beransur-ansur supaya tak membebankan semua orang, cewah. nnt nk beli lappy baru lah XD nk skype waktu raya. tak bole blah.

rasanya nak menyiapkan bahagian administration dulu, macam settle borang, surat tawaran, yuran dan sspn dulu. almaklumlah, biasiswa tidak lagi bole diapply. pastu, kalau ada rezeki, nak pi cari tabung/dana kewangan nk beri barang untuk pi U nnt, takkan nak menyusahkan mak lagi kan? kemudian bila dah settle semua nie, barulah nak memulakan operasi melengkapi keperluan diri. haha, rasa macam nk pi jauh la pulak, padahal kat arau je. muahaha. ini tak kawen lagi, tah satu treler aku angkut barang dr rumah kot. haha

sikap buruk jugak harus diubah sikit demi sedikit kat sana nnt, supaya dapat survive dengan baiknya. kalau ada penyakit malas mandi macam aku, nnt kat sana mesti kena rajen mandi melainkan ada geng yang serupa! oh noes~
then, mintak-mintak la dapat roomates yang baik-baik dan kalau bole dia pemurah dan baik hati, aminn :).
perangai boros aku ne pon kena kurangkan jugak, sebab kena simpan duit nak beli buku. wahhh, baik la pulak jadinya aku. hehe

aku pon sebenarnya takut jugak kan. heh
macam mana tak takut, kita sorang-sorang dok berjuang ne. dah la JAUH sangat dr famili. jauh dari segala bagai, dekat pulak dengan segala godaan.
apapun, hidup harus diteruskan! ini demi masa depan anak-anak yang cerah merah, maka berbaloi kalau kita berkorban sekarang, nnt tak payah nk menyesal dah.

orait babe! mata sudah kuyu.
minta utk dilelapkan.
see ya:)

p/s : kawan-kawan yang pi matrik tuh ! selamat menempuh alam dewasa ye, tabahkan hati untuk menghadapi setiap dugaan, dekat ALLAH jgn lupa tau! :D

No comments:

Post a Comment