Monday, July 4, 2011

kerja ladang saya!

haiiiiiiii..
kali ini saya ingin menceritakan bagaimana bahagianya menjadi seorang planter. oih, dlm bahasa melayu panggil peladang. huehuehue.
kerja ladang nie amat berat bagi seorang wanita, hanya wanita kental dan tak takut sunburn sahaja yang mampu bertahan, yang lain mungkin akan menghadapi masalah sedikit.
yelah, nak kena beli sunblock pulak nak apply, tapi bagi saya.. kulit makk sensitive okay, no cream, no bb cream, no bedak compact. everything is NO! sekadar tempek bedak sejuk je nyahh.
kemain lagi. kerja ladang juga amat seksa dilakukan jika anda berpuasa. oih, hari khamis minggu lepas dah try puasa dan buat kerja peladang berjaya ini.. memang seksa ok, balik dari ladang tuh terus marathon tido tak hingat! maka dinasihati anda turun ladang dengan breakfast dan keadaan happy! tapi jangan overjoyed.. klu overjoyed maksudnya kau bakal kena maki dengan supervisor la tuh.

kali nie saya dan kengkawan kena membaja dekat kebun kelapa. agak best sebab banyak buah kelapa, tapi apakan daya.. puasa, mana boleh minum! tapi cam best je minum air kelapa fresh dari pokok tuh.
pokok kelapa tuh, kelapa pandan.. so buah buah dia memang senang dicapai dan ditetak tandannya oleh semua orang -____- rugi satu nikmat! dan buah itu truly thirsty quencher!


ini baja NPK Nitrogen, Phosphorus & Potassium dan sedikit traces element.
sapa yang tak reti translate lagi dia punya packaging tuh. siapp! kena gelak okay. buat malu supervisor je.
korek lubang macam nie ok. kita buat pembajaan style pocket! sebab dia lebih tahan lama.
sapalah yang rajin kan nk membaja plak 4-5 kali setahun? nan adooo! baja style pocket nie senang je, buat 1 lubang dkt setiap penjuru pokok kelapa tuh, lubang dia kecik je, kira macam sekali cangkul. tak banyak ;) so satu pokok akan ada 4 lubang, memandangkan uitm ramai buruh kasar, maka keja-keja ladang habis cepat..

kemudian saat yang ditunggu! tabur baja. yeaay! seronok ke tabur baja ne? tak seronok pon sebab dia susah. kena pandai adjust berapa nak letak.. kalau lebih memang tak jadi apa, tapiii costnyeeee kau, mahal kot! contohnya, kalau kita ada 400 pokok kelapa, then we are expecting each pokok will get 200g.. tapi boleh habis 5 paket baja 100 kg. tak ke gila? hahaha! tahulahh nk habis keja cepat kan..

suasana hari raya! eh silapp, ini suasana ladang kelapa pandan tuh. weyy, panas dan seronok kot! sebab dia terpencil dalam uitm arau -_-


beginilah kisah gadis ladang every thursday! never regrets. this is really a good turning point.
why? being what I am now has taught me how to survive by my own. I found this job to be so cool. yelah, takkan aku nak memerap dalam bilik mereput 24 jam kan? so, ini adalah program terbaik utk aku, aku aktif kalau tak, lemauuuu seminggu dlm bilik. jadi budak ladang nie kena tahan banyak benda, nak kena tahan orang gelak, orang pandang sinis bila pakai kasut boot dan dihalau oleh hafa tatkala beli makanan -___-
tapi entah mengapa aku memang dah jatuh cinta dengan ladang!
huii, apakah ini satu lonjakan paradigma?
okbai taknak cakap panjang-panjang.
nanti kita sambung lain every thursday!
:D

No comments:

Post a Comment