memang memalukan pon..
lately nie rasa macam tak bersemangat tahap mana pon.
entahlah, banyak sangat benda negative yang aku selalu fikirkan.
banyak jugak masalah yang tetiba datang..
abah aku sakit, semua orang tak tahu pasal nie.. I just try to hide it.
then, masa maulud rasul tuh.. kena masuk wad. yes! aku cuak gila.
sampai aku tak sanggup nak berjimba ria mengenangkan kesusahan parent aku hadapi,
tapi tanpa aku sedar, im about to fail this programme.
aku buat keja semua sambil lewa. melepas batuk di tangga.
and the reason why I hate myself so much! aku memang rasa sangat useless.
aku rasa, memang patut pon kalau nak pandang rendah kat aku. I deserve it. I dont mind.
subjek subjek semester nie agak tough berbanding semester lepas.
semester lepas aku dapat lecturer best sangat, subjek tuh pon aku suka.
semester nie banyak subjek 3 credit hours. semua benda baru..
macam subjek english utk sem nie, aku rasa aku nie memang serba kekurangan.
aku ada skill nak berbahasa inggeris nie, tapi idea yang aku generate nie tak seberapa berkualiti.
kira macam lack of ideas la.. asyik ulang benda yang sama. language jangan kata apa lah, semestinya teruk, vocab berterabur.. bila aku dok practice cakap bi, ramai yang sindir.. cakap aku nie lupa daratan, orang kampung tapi cuba nak jadi orang KL. sedih tak? macam mana aku nak memajukan diri aku pon taktau. sah sah english utk semester ini mesti lingkup habis.
then, subjek plant pathology yang tak seberapa nak boleh digest oleh aku, nak salahkan cara bawaan lecturer memang tak boleh, masuk kelas asyik lena ja.. parah dah camnie.. aku sepatutnya fokus! tapi entah macam mana, semester nie cepat hilang fokus. test pertama plant pathology sememangnya aku boleh jangka dapat berapa. hadoi. mesti teruk punya..
landscape pulak lagi laaaaa, sebabkan kami obe(outcomes based education) maka lecturer tak seberapa nak suka mengulas lanjut tentang benda yang kau belajar. sila cari sendiri.. aku bergantung kepada google je lah, nak cari kat library memang tak sempat dan memang diri ini bukan jenis nak membaca pon.. aritue masa jawab test landscape, dah la demam nak harapkan kau dapat fullmark memang tak ah, nasib baik pagi tuh aku pi ladang.. pagi tuh jugak dia buat demo pasal keratan batang apa semua, at least aku ada idea nak menggoreng dalam test.. dan sememangnya haritue jugak aku buat cantuman sendiri. erk! -_-.
aku rasa memang semester nie sangat tough la.. klu tak dapat dekan semester nie.. mesti malu gila kan? aku rasa aku sangat depressed. aku tak sepatut berlaku kejam terhadap diri sendiri. aku nak jadi macam sem 1, semua kerja aku buat betul betul. tak halal balal. arggh! tidak.. aku sendiri tertekan dgn sikap sendiri.. aktiviti crush mesti dihapuskan.. aku sepatutnya lebih fokus dgn pelajaran, dugaaan banyak membuatkan aku kadang lupa apa sebenarnya aku kat universiti nie.
aku harap sangat nak buat betul betul semua assignment, test dan final..
aku tak suka bila ada satu perkara tuh, menghalang aku utk aku capai apa aku nak.
aku skrg mudah rapuh. entah mengapa, social skill aku makin tumpul dan tak berapa nak bergaul.
aku tahu, sememangnya aku tak deserve utk be happy.
aku terima.
cuma aku harap, lepas nie semua akan jadi serius utk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment