Tuesday, May 4, 2010

Minat dan cita-cita??

aku sangat meminati bidang farmasi teramat-amat! sampai aku sering praktik kat rumah. ubat2, semua tuh aku suka. senang cakap, memang minat gila-gila laa, masa SPM pon dok aim benda yang sama ja.. bidang farmasi, subjek kimia paling aku suka! memang bole skor lah kimia ne, kira macam tak jemu langsung belajaq.
tapi, tu semua dulu, lepas dapat result, YA ALLAH. aku menangis kot, aku hilang arah. memang macam tak ketahuan dan ingat dunia telah berakhir bila tak dapat further dalam bidang farmasi. sebab kimia dan subjek sains aku yang lain hanya mampu dapat credit, masa tuh. rasa diri nie sangat teruk, rasa down tetap ada. macam tiba-tiba tak bole terima hakikat.
kemudian, aku bertambah pening. sebab aku hanya tetapkan matlamat hanya untuk ke arah bidang farmasi ja. bidang lain aku tak pandang langsung, dan aku hampir dan nyaris nak apply banking dan accounting. tapi, mak aku tak bagi. dia kata, bole kah survive? oke, aku pon fikir-fikir balik. Minta doa siang malam agar ditunjukkan jalan yang benar, sebab ini berkaitan dengan masa depan aku. pastu, aku set mind untuk pi matrik pulak.
setelah sekian lama aku dalam dilema, last-last macam mana ntah, boleh terlintas nak apply diploma pengurusan ladang. walaupun aku tak pernah langsung ada minat dalam bidang tuh.
Hati aku macam menjurus ke arah tuh ja, matrik tuh macam tak nampak langsung. masa isi borang upu haritu, aku pon letak dip tuh dalam pilihan 1. sebab, aku rasa macam diploma pengurusan ladang (DPIM) nie macam adventure skit. dan aku telah ter-jumpa bekas-bekas course nie.. mereka kata best! pergi estate sana, ladang situ.. belajar sambut baby lembu pon ada ! so, aku pon kata dalam hati .. " why not? cuba something new, nowadays mana bole ingat minat dah, ada peluang.. just grab it! unless u can survive in matrik"
seriously aku cakap. kalau nak masok matrik, memang fast track. tapi, aku nie lembab sket dan otak last minute. so, orang macam aku memang payah skit le nak survive kat matrik tuh. sebab aku suka ambil ringan benda yang berat. setiap manusia berbeza ok.
And sekarang aku sedang menyediakan diri untuk pergi ke UITM. wohoho. hidup mesti diteruskan. dan aku kena laluinya sebab aku yang telah memilih bidang ni, course nie tak le sehebat course engineering ka, doktor ke, memang berbeza lah, dan yang paling best! ada subject kimia! :D
Setiap perkara ada hikmahnya kan? kena berfikir semua itu.. kalau kita bernasib baik, insya-allah akan dapat apa yang kita nak. lagipun sekarang zaman banyak persaingan. walaupun kita ada plan A must be plan B on ur side too. untuk persediaan segalaa kemungkinan.
So, bila dah dapat tawaran ke matrik ke, U ke, Maktab sekalipon. dengar bisikan hati yang pertama sekali. sembahyang istikharah selalu, mintak doa banyak-banyak.. ini kan masa depan kita.
rezeki masing-masing kan, apa nak cakap kat sini. Jika ada rezeki datang.. jangan ditolak, grab ja. contoh, kalau dapat interview maktab,hg pi ja interview tuh even hg nak pi Oversea sekalipon, just go ja. tayah la dok berlagak hebat.. bukan tentu lagi nasib kita nie. dah apply galak tamau pi. pi mampoi

oke, sudah2! konklusinya, semua yang kita nak ambil, bergantung kepada ability diri kita. jika kita tak mampu, jangan ambil risiko, unless anda betul-betul ekstreme dan suka akan cabaran! kalau orang yang semangat jitu dan memang betul2 berminat nie, Insya-ALLAH, mula2 memang banyak dugaan.. nanti lama2 akan muncul jugak kebahagiaan itu. harap bersabar ok.

doakan kejayaan aku kat sana, aku pon tak sabar untuk mencari pengalaman baru, walaupun itu bukan minat dan cita-cita aku. dan aku redha yang aku tak mampu nak jadi seorang farmasist. ada sebab disebaliknya nie.
aku pown mendoakan kejayaan kawan-kawan aku yang nak pi matrik dan aku tau depa memang geng2 yang kaw-kaw punya! gooood luck ok!
sunyi nnt aku :'(


<3

16 comments:

  1. sedikit terasa di bahagian mintak dan dapat tapi tamau pi interview. tapi tu dulu, sekarang mau mau mau :)

    ReplyDelete
  2. hahaha,
    sorri if terasa
    :)
    ala, sekadar nak mencuba tak salahkan anim?
    just go there! nnt bole dapat pengalaman interview2 ne.
    certain org ja dapat :)

    ReplyDelete
  3. 'cekal dan tabahkan hatimu dalam menghadapi semuanya, mungkin Tuhan telah sediakan Bahagia untukmu pada ketikanya nanti hasil ketabahan dan kesabaran dirimu dalam menghadapi ujianNya'

    'biarkanlah hari2 mu berlalu. lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qadha. jangan bosan bersabar apabila ditimpa musibah, kerana didunia ini tiada derita yang abadi" imam syafie..

    ReplyDelete
  4. dapat pengurusan ladang boleh ke bahagian pertanian, tak ramai org menceburi bidang tu dan senang dapat kerja :)
    tak pa, kalau dah dapat apa yg kita nak, seelok eloknya, kalau dapat interview yg tak berkaitan dgn kita, baiklah kita tak mencuba, takut ada orang yg lebih bernasib malang dan mengharapkan benda tersebut. tapi kalau kita p juga interview, boleh menambahkan pengalaman.
    semuanya ada pro dan kontra. kita kenala pandai pandai fikir :)

    ReplyDelete
  5. mungkin juga. kita tak bole biarkan diri kita menentukan nasib kita sendiri. tapi sebaliknya.

    ehem, cakap macam ada pengalaman dan ayat macam kenal je :D

    ReplyDelete
  6. owh da dpt pegurusan ladng kew...
    sye pown dpt pegurusan ladang kt uitm jengka...
    cmbest jew dip ney an...
    huhu

    ReplyDelete
  7. arnain : kita dapat kat arau je :)

    ReplyDelete
  8. sya p0wn dpt pngurusan ldang jga...kt uitm arau...s0, klu pnjang um0q jmpa kt arau...=)

    ReplyDelete
  9. insya-ALLAH :)
    wooh, senang begini. berjaya track sorang DPIM :D

    ReplyDelete
  10. macam mane?? best x kat arau.. huhuhu...

    ReplyDelete
  11. best jugak dok sini. hehe
    find new friends.
    yang pasti, hari2 pi ladang la..

    ReplyDelete
  12. ok ke pengurusan ladang 2.... sye pon dpt gak... tpi tak tahu nk g atau tidak... cousin sye ckp mcm hine je sye dpt ko 2... down gak la time die ckp mcm 2... help me!!

    ReplyDelete
  13. haii anynomous!
    semua orang berbeza pendapat ttg course nie, mostly semuanya salah tanggap pasal course nie. Yalah, sometimes sampai ada org ckp course nie course lelong. saya tak hairan pon orang ckp camtuh.
    based on my experience, saya masuk course nie sebab saya nampak potensi in future, sebab ramai sangat dah yang nk jadi doktor and so on.
    kalau jadi peladang pon apa salahnya.. plantation kan byk dkt malaysia nie..
    course ladang nie susah dia sama ja nk jadi engineer. eh, bagi saya semua course akademik memang susah.cuma sorang engineer tak boleh jadi budak ladang =P
    course ladang nie ada mcm2 subject, accounting, business math, chemistry, economic, basic engineering dan byk lagi. bukan setakat pi main tanah je..
    kalau lah cousin awak ckp hina sgt kos nie, gamaknya kalau takda teknologi perladangan mungkin dia tak kenal apa itu nasi perang dan mcm2 lagi makanan.
    so, fikirlah.. kalau rasa nk go on dgn course nie, silakan.. its your future!! kalau rasa taknak, its okay. mungkin ada yg lebih baik.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum , sy buat rayuan . pilihan pertama sy ltak analisis pelaburan. ,pilihan kedua sy letak perladangan . klau pilihan prtma full , kbrngkalian nk dpt pilihan kedua tu harapn tinggi tak ? ataupn klau yg first xdpt , yg kdua pun dia akan reject. gitu ka ?

    ReplyDelete
  15. assalam sis, seriously sama mcm kita. target before spm even before pt3 lagi dh aim dkt pharmacy. mmg sepenuh hati lah kiranya. but then lepas dpt result mcm hilang arah, taktahu nk kemana. hmm :(

    ReplyDelete